ADAT RESAM BERSALIN
Adat resam bersalin adalah salah satu amalan yang kekal sehingga kini meskipun negara telah memasuki zaman globalisasi. Adat resam bersalin ini akan disertai oleh beberapa pantang larang tersendiri dan bermula sewaktu seorang ibu sedang mengandung hinggalah kepada peringkat dia bersalin. Tujuannya ialah supaya ibu dan anak yang dikandung berada dalam keadaan sihat dan selamat.
PERINGKAT MENGANDUNG
Melenggang Perut
Melenggang perut adalah amalan tradisional yang dilakukan ketika kandungan berusia tujuh bulan dan wanita itu mengandungkan anak sulung. Sesetengah orang Melayu menamakan amalan ini sebagai ‘Mandi Tian’, manakala di bahagian utara pula dikenali sebagai ‘Kirim Perut’. Tujuannya ialah untuk membuang malang atau celaka yang mungkin menimpa bakal ibu yang mengandung dan bayi yang dikandung. Selain itu juga, melenggang perut ini bertujuan untuk meletakkan bayi pada posisi yang baik untuk memudahkan proses kelahiran. Upacara ini pada kebiasaannya dilakukan oleh seorang bidan yang telah ditempah lebih awal.

Menurut Puan Hajah Rokiah, adat melenggang perut yang diamalkan oleh masyarakat Melayu Pulau Pinang kebanyakannya dipengaruhi oleh adat tradisi Hindu dan dikenali sebagai ‘Mandi Tian’. Menurutnya lagi, adat ini dimulai dengan menggolek sebiji buah kelapa (dikupas licin) ke atas perut wanita yang mengandung itu, bermula dari atas dan kemudiannya turun ke bawah secara bergiliran serta diulang sebanyak tujuh kali. Pada kali ketujuh, buah kelapa itu akan dilepaskan oleh bidan dan dibiarkan bergolek. Menurut kepercayaan masyarakat Melayu, sekiranya bahagian atas buah kelapa itu menghala ke atas, inilah tanda wanita itu akan mendapat anak lelaki dan begitulah sebaliknya.
Setelah selesai acara menggolek buah kelapa, ibu yang mengandung disuruh berbaring dan bidan kemudiannya akan meletakkan beberapa helai kain berwarna (biasanya merah, putih, kuning) ke atas perut wanita tersebut. Seterusnya, kain itu diangkat sedikit sambil diiring, dilenggang-lenggangkan dan ditarik pada badan ibu itu. Inilah mungkin sebabnya amalan ini dikenali sebagai ’Lenggang Perut.’ Setelah proses ini selesai, bidan akan menyuruh si ibu naik ke dalam talam untuk dimandikan dengan air buyung. Kemudian, bidan akan meletakkan sebiji telur ke dalam baju ibu mengandung lalu dibiarkan jatuh dan pecah. Sekiranya telur tersebut tidak pecah, maka ibu tersebut harus memijak telur itu sehingga pecah. Mengikut kepercayaan masyarakat Melayu, amalan ini dilakukan bagi memudahkan proses kelahiran anak. Di samping itu, masyarakat Melayu juga percaya sekiranya telur yang digunakan itu pecah, ini menandakan ibu tersebut akan bersalin dengan mudah dan sekiranya tidak pecah sebaliknya pula akan berlaku.
PERINGKAT BERSALIN
Memotong Tali Pusat
Sebaik sahaja bayi dilahirkan, bidan akan menyambutnya dengan jampi serapah dan bayi akan disembur dengan air daun sirih. Selepas itu, bayi tersebut akan dibersihkan seluruh badannya dan kemudian tali pusatnya dipotong menggunakan sembilu buluh. Namun begitu, pada masa kini amalan ini tidak lagi dilakukan kerana kebanyakan wanita akan bersalin di hospital dan bayi pula akan disambut oleh doktor. Di samping itu, segala urusan akan diuruskan oleh jururawat yang ditugaskan bersama doktor.

Azan atau Iqamat
Azan dan Iqamat ialah kalimat pertama yang didengar oleh seorang bayi yang baru dilahirkan. Ayah atau seorang lelaki yang lebih tua dalam keluarga tersebut akan melaungkan azan atau iqamat. Azan atau iqamat ini wajib dilaksanakan kerana dikatakan dapat melindungi bayi daripada gangguan makhluk halus (jin dan syaitan). Azan hanya diperdengarkan kepada bayi lelaki manakala iqamat pula untuk bayi perempuan. Bayi yang dilahirkan itu akan dialunkan azan atau iqamat di kedua-dua belah telinganya.

PERINGKAT SELEPAS BERSALIN
Berpantang
Berpantang adalah salah satu amalan yang wajib dan menjadi satu kemestian bagi ibu-ibu yang baru bersalin. Tujuannya ialah supaya ibu yang bersalin dapat memulihkan kembali tenaga yang hilang dan memberi masa kepada wanita untuk berehat. Menurut Puan Hajah Rokiah, wanita yang bersalin akan berpantang selama empat puluh empat hari atau seratus hari, bermula dari hari wanita itu melahirkan anak. Selama dalam tempoh berpantang, mereka harus mematuhi kesemua pantang larang dan sekiranya pantang larang ini tidak diikuti, wanita tersebut dipercayai akan bentan atau akan mengalami sakit sampingan. Menurut Puan Hajah Rokiah lagi, pada hari ke-27 pantang, wanita yang bersalin perlu melakukan satu upacara iaitu menyimpan batu meriyan serta bertungku supaya peranakan wanita tersebut tidak akan jatuh dan akan kembali seperti sedia kala. Selepas itu, wanita bersalin ini akan menyambung berpantang sehingga empat puluh empat hari atau seratus hari. Jumlah hari berpantang adalah bergantung kepada tuan empunya diri.

Selama dalam tempoh berpantang, si ibu bukan sahaja berpantang dari segi pemakanan malahan juga perlu berpantang daripada bersama dengan suami. Pada waktu ini si isteri tidak mempunyai banyak tenaga dan darah nifas masih lagi keluar dan ini akan mendatangkan ketidakselesaan kepada isteri. Selain itu, ketika berpantang ibu juga haruslah memakai arung kaki atau membalut kakinya dengan kain supaya angin tidak masuk ke dalam badannya. Manakala dahinya pula akan ditempek (disapu) dengan ubat supaya angin yang terdapat di dalam badan akan keluar. Di samping itu, dalam tempoh berpantang juga ibu yang baru bersalin akan diberi makan ubat-ubatan tradisional dan seterusnya akan ditungku setiap hari.
Menurut Puan Hajah Rokiah, selepas berpantang selama 44 hari, ibu tersebut perlu sintok diri, iaitu mandi hadas atau nifas. Tujuan sintok diri dilakukan supaya ibu bersih daripada hadas atau nifas. Sintok diri ini dilakukan oleh bidan. Ibu tersebut akan dimandikan dengan air daun beringin, daun pisang kelat, daun mengkudu, cemamak, daun kunyit, daun kunyit terus, halia bara, daun gendang rusa, dan sebagainya.
Membelah Mulut
Amalah `membelah mulut’ dipercayai mendapat pengaruh daripada budaya Hindu. Walaupun demikian, upacara ini juga terdapat di dalam ajaran agama Islam. Pada kebiasaannya, sesetengah masyarakat Melayu menggunakan gula, garam dan asam bagi memberikan rasa manis, masin dan masam kepada bayi. Namun, adat ini berbeza dalam masyarakat Melayu Pulau Pinang. Menurut Puan Hajah Rokiah, semasa adat membelah mulut dilakukan, mulut bayi akan dibelah dengan menggunakan cincin emas, perak atau suasa. Selain itu, mereka juga menyuapkan pisang. Semasa amalan ini dilaksanakan, cincin yang akan digunakan itu akan dicelup dengan air susu. Tetapi pada masa kini, masyarakat Melayu lebih gemar menggunakan air zamzam yang dibawa balik dari Mekah. Tujuan membelah mulut ini ialah supaya bayi tersebut diharap akan bercakap dengna gaya yang baik dan bersopan dengan orang tua-tua.

Sumber gambar:Ehsan Haqkam Hariri
Mencukur Rambut/ Memotong Jambul
Bercukur ialah perbuatan mencukur rambut asal bayi sehingga seluruh rambutnya dipotong. Adat bercukur ini biasanya diadakan pada hari-hari ganjil, seperti hari ketiga, ketujuh, kesembilan dan seterusnya. Tujuannya ialah untuk membuang rambut asal bayi yang dianggap kotor dan dipercayai tidak akan tumbuh dengan baik.

Jejak Tanah/Turun Tanah
Adat jejak tanah atau pijak tanah dilakukan bagi meraikan anak yang baru pandai berjalan. Adat ini bermaksud melepaskan anak kecil yang baru pandai berjalan sebagai lambang untuk meneruskan kehidupannya kelak. Adat ini dikatakan berbeza mengikut tempat dari segi cara mahupun barangan yang digunakan.

Di Pulau Pinang, adat jejak tanah atau turun tanah ini dilakukan dengan menggunakan alatan seperti pisau. Menurut Puan Hajah Rokiah, sebelum anak dilepaskan berjalan memijak tanah, bidan akan meletakkan sebilah pisau di tanah supaya nanti anak tersebut akan memijaknya. Tujuan adat ini dilakukan adalah supaya anak tersebut tidak akan berjalan di merata-rata tempat dan sekiranya berada jauh dari rumah sekalipun, anak tersebut akan sentiasa mengingati rumahnya.
Berkhatan/Bersunat
Bagi umat Islam di Malaysia, berkhatan atau bersunat adalah menjadi suatu tuntutan. Berkhatan atau bersunat ini bukan sahaja dialami oleh bayi lelaki tetapi juga bayi perempuan. Biasanya kanak-kanak perempuan akan dikhatankan atau disunatkan ketika masih bayi sedangkan kanak-kanak lelaki disunatkan semasa berumur dalam lingkungan 8 hingga 12 tahun. Menurut Puan Hajah Rokiah, semasa upacara berkhatan atau bersunat dilakukan, satu majlis kecil-kecilan akan diadakan untuk meraikan kanak-kanak yang akan berkhatan dan bersunat.

RUMUSAN
Adat resam bersalin adalah salah satu amalan yang kekal sehingga kini meskipun negara telah memasuki zaman globalisasi. Adat resam bersalin ini akan disertai oleh beberapa pantang larang tersendiri dan bermula sewaktu seorang ibu sedang mengandung hinggalah kepada peringkat dia bersalin. Tujuannya ialah supaya ibu dan anak yang dikandung berada dalam keadaan sihat dan selamat.
Adat resam bersalin adalah salah satu amalan yang kekal sehingga kini meskipun negara telah memasuki zaman globalisasi. Adat resam bersalin ini akan disertai oleh beberapa pantang larang tersendiri dan bermula sewaktu seorang ibu sedang mengandung hinggalah kepada peringkat dia bersalin. Tujuannya ialah supaya ibu dan anak yang dikandung berada dalam keadaan sihat dan selamat.
No comments:
Post a Comment