Apa Kelebihan Bersunat?
Kelebihan Berkhatan │ Bersunat
Dari sudut kesihatan, kelebihan berkhatan ialah seseorang dapat
mengutamakan kebersihan dan kesucian, mengawal dan menstabilkan
nafsu syahwat terutama bagi wanita serta memberi keselesaan
sewaktu bersetubuh.
Sains membuktikan amalan berkhatan ini mempunyai banyak
faedah kesihatan berdasarkan kajian yang dijalankan. Antara hasil kajian
yang nyata mendapati kadar kanser zakar adalah jauh lebih rendah dalam
komuniti yang mengamalkan berkhatan seperti Muslim dan Yahudi.
Kajian terbaru menunjukkan kadar penyakit kelamin adalah
rendah dalam kalangan lelaki yang berkhatan. Kajian ini mendapati
jangkitan penyakit sifilis adalah lebih rendah dalam kalangan
lelaki yang berkhatan.
Kajian Cochrane Meta Analysis di Afrika pada 2007 jelas menunjukkan
berkhatan boleh mengurangkan risiko jangkitan HIV dalam kalangan
lelaki yang aktif seksual dari 38 peratus hingga 66 peratus
dalam tempoh 24 bulan.
Kesimpulan daripada kajian ini mencadangkan lelaki
digalakkan berkhatan untuk mengurangkan penularan wabak HIV
di kawasan pinggir Sahara Afrika.
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mencadangkan
antara program mencegah HIV ialah dengan menggalakkan
amalan berkhatan.
Berkhatan juga mengurangkan insiden jangkitan HSV-2
sehingga 28 peratus dan berkait dengan penurunan prevalen HPV
dan risiko jangkitan kuman saluran kencing. Manfaat khatan
juga dapat mengurangkan risiko isteri mendapat
kanser pangkal rahim. Sumber: Kelebihan berkhatan
Kesan Tidak Berkhatan
Wujud kotoran yang berkumpul di antara kulup dan
kepala zakar dipanggil 'smegma' yang boleh menyebabkan
jangkitan kuman dan juga punca kepada kanser zakar
kepala zakar dipanggil 'smegma' yang boleh menyebabkan
jangkitan kuman dan juga punca kepada kanser zakar
No comments:
Post a Comment