Malam Berinai secara umumnya terbahagi kepada dua iaitu Berinai Kecil dan Berinai Besar.
Majlis Berinai Kecil kebiasaannya hanya diadakan untuk pengantin perempuan dan saudara mara rapat mereka sahaja. Majlis ini akan diadakan sehari sebelum si gadis bernikah dengan pasangannya. Tujuan Majlis Berinai Kecil ini lebih kepada ingin memberikan restu dan melahirkan rasa gembira kerana si gadis bakal menjadi isteri dan perkahwinannya amatlah dinantikan oleh ahli keluarga yang merestui.
Manakala Majlis Berinai Besar pula akan melibatkan persandingan kedua pasangan pengantin yang telahpun selamat dinikahkan. Pasangan pengantin lebih suka mengenakan pakaian jenis tradisional sama ada songket bunga tabur ataupun songket bunga penuh. Majlis ini juga hanya diraikan oleh rakan rapat serta saudara mara kedua belah keluarga pengantin lelaki dan perempuan. Ia hanya diadakan di rumah pengantin perempuan. Tujuan Majlis Berinai Besar ini diadakan selain untuk meraikan kehadiran keluarga pengantin lelaki ia juga lebih kepada ingin berkenalan sesama ahli keluarga. Memandangkan ia tidak dapat dilakukan dengan sempurna pada hari persandingan kerana terdapat tetamu yang ramai sehingga menyukarkan untuk memberikan layanan yang lebih istimewa.
Bagi masyarakat berketurunan Mamak/Anak Mami, biasanya majlis Berinai Kecil diadakan sehari sebelum majlis pernikahan. Sehari menjelang hari pernikahan, bakal pengantin perempuan akan dipakaikan inai oleh si tukang inai ataupun saudara mara terdekat. Kemudian si gadis akan berpakaian yang paling cantik bagi melahirkan kegembiraan menjelang hari yang paling istimewa dalam hidupnya. Kebiasaanya bakal pengantin perempuan akan memilih antara 2 hingga 3 jenis pakaian tradisional tempatan seperti sari yang telah dibeli khas oleh ibu pengantin perempuan.
Pada majlis Berinai Kecil inilah keluarga terdekat khususnya saudara mara si gadis akan menghadiahkan barang kemas berupa cincin, gelang mahupun rantai bagi merestui pernikahan si gadis dengan jejaka pilihan hati. Sewaktu bersanding di pelamin, saudara mara terdekat akan mula menginaikan si gadis di atas pelamin disertakan ucapan-ucapan tahniah dan kegembiraan. Ada sesetengah tempat, si gadis akan menerima suapan berupa manisan atau gula dari saudara mara menandakan ahli keluarga mendoakan yang baik-baik sahaja untuk masa depan pasangan mempelai. Cenderahati berupa manisan, hadiah kecil ataupun bunga telur akan diberikan kepada tetamu yang menginaikan si gadis sebagai tanda ucapan terima kasih di atas restu dan hadiah-hadiah yang diberikan.
Keesokan harinya pula, selepas majlis pernikahan, Majlis Berinai Besar akan dijalankan. Majlis ini kebiasaanya akan dihadiri oleh saudara mara pasangan mempelai yang sudahpun bergelar suami isteri. Pasangan mempelai akan bersanding di pelamin dan saudara mara kedua belah pihak akan mula menginaikan mereka. Selesai majlis berinai, pasangan pengantin akan bertukar antara 2 hingga 5 jenis pakaian tradisional bagi memeriahkan majlis. Selain itu, persembahan kompang, hadrah ataupun marhaban juga akan diperdengarkan.
Keesokan harinya pula, selepas majlis pernikahan, Majlis Berinai Besar akan dijalankan. Majlis ini kebiasaanya akan dihadiri oleh saudara mara pasangan mempelai yang sudahpun bergelar suami isteri. Pasangan mempelai akan bersanding di pelamin dan saudara mara kedua belah pihak akan mula menginaikan mereka. Selesai majlis berinai, pasangan pengantin akan bertukar antara 2 hingga 5 jenis pakaian tradisional bagi memeriahkan majlis. Selain itu, persembahan kompang, hadrah ataupun marhaban juga akan diperdengarkan.
| ||||
|
nice sharing :)
ReplyDelete