Amalan cukur jambul kebiasaannya diadakan sempena menyambut kehadiran orang baru dalam keluarga.. Berpandukan kepada syariat Islam, istilah cukur jambul sebenarnya tidak wujud dan selari dengan sunah Nabi Muhammad s.a.w.. Malah amalan ini juga dipercayai berasal daripada kepercayaan masyarakat India yang beragama Hindu…
Dalam Islam, Rasulullah s.a.w. bersabda, “Tiap-tiap anak itu tergadai dengan akikahnya yang disembelih untuk dia ketika hari ketujuh dan dicukur, lalu diberi nama.” (Riwayat Ahmad dan disahkan oleh Turmudzi)
Islam menggalakkan amalan mencukur rambut bayi sehingga botak supaya segala kekotoran yang keluar daripada rahim dapat dibuang dan membolehkan rambut baru tumbuh dengan sihat… Tetapi apa yang dapat dilihat pada zaman sekarang ialah masyarakat tidak mencukur kepala bayi tersebut sehingga botak licin, mereka hanya menggunting beberapa helai rambut… Adakah ianya dikira sebagai perbuatan sunnah? Anda fikirkan… Atau mungkin juga selepas majlis tersebut barulah pihak keluarga mencukur rambut bayi tersebut sehingga botak…
Mengikut sunah, apa yang dilakukan oleh Baginda kepada cucunya, Hasan dan Husin, apabila jatuhhari ketujuh diadakan akikah adalah memberikan nama dan mencukur rambut mereka berdua.. Rambut tersebut ditimbang dan disamakan dengan nilai perak dan kemudiannya disedekahkan kepada fakir miskin.. Bagaimanapun, ulama hari ini menyatakan, emas boleh digunakan bagi menggantikan perak… Bahkan, mengikut Islam juga, pada hari ketujuh akan dilakukan tahnik..
Jika anda sedari, sebahagian masyarakat Islam hari ini tidak mencukur rambut anak-anak hingga botak sebaliknya mengadakan upacara cukur jambul sebagai adat dan tradisi yang telah dilakukan sejak turun temurun.. Tambah mengelirukan, rambut yang digunting itu dimasukkan ke dalambuah kelapa…Soalnya, kenapa menggunakan buah kelapa? Apakah relevan amalan sebegini dengan masyarakat Islam?
Tidak salah melakukan majlis besar-besaran untuk menyambut kedatangan orang baru, tetapi kita harus renung kembali bagaimanakah caranya untuk mendapat pahala sunnah mencukur kepala bayi dengan cara yang berlandaskan Islam…
Sedikit Maklumat Berkenaan Adat Cukur Jambul
Adat ini dilakukan pada hari ketujuh selepas bayi dilahirkan..Ada juga melakukan selepas waktu habis pantang dan mengikut kemampuan masing-masing.. Untuk menjalankan upacara tersebut beberapa kelengkapan disediakan iaitu sebuah dulang berisi tiga mangkuk atau piring yang berisi air tepung tawar, beras kunyit dan bertih…
Sebiji kelapa muda dipotong bahagian kepalanya dengan potongan berkelok-kelok siku seluang untuk dijadikan penutup… Airnya dibuang dan diganti dengan sedikit air sejuk… Kemudian kelapa yang dihias dengan lilitan rantai emas atau perak disekelilingnya diletakkan di dalam sebiji batil… Kesemua rambut bayi yang dicukur akan dimasukkan ke dalam kelapa… Akhirnya kelapa tersebut di tanam di sekitar halaman rumah bersama sepohon anak kelapa atau seumpamanya sebagai memperingati masa anak itu dilahirkan…
No comments:
Post a Comment