Pengebumian jenazah bermakna memasukkan jenazah yang sudah dimandikan, dikafankan dan disolatkan ke dalam tanah yang sudah digali(kuburan) mengikut kedalaman dan ukuran yang telah ditetapkan oleh syariat islam. Hukum mengebumikan jenazah adalah fardu kifayah.
SIFAT-SIFAT KUBUR
ORANG-ORANG YANG LAYAK MENGEBUMIKAN JENAZAH
Ukuran kedalaman kubur mestilah sekurang-kurangnya sama dengan ukuran ketinggian orang dewasa sederhana. Selain itu, liang lahad juga perlu dibuat di dasar kubur di bahagian kiblat kuburan yang telah digali.
ORANG-ORANG YANG LAYAK MENGEBUMIKAN JENAZAH
Orang-orang yang layak mengebumikan jenazah adalah orang lelaki, orang yang lebih utama menyembahyangkan jenazah berkenaan dan suami bagi jenazah isterinya.Bilangan orang yang mengebumikan jenazah mestilah dalam bilangan ganjil.
CARA PENGEBUMIANJENAZAH
Upacara pengebumian dalam islam dilakukan mengikut garis panduan yang telah ditetapkan dalam islam. Walau bagaimanapun terdapat sedikit perbezaan mengikut adat dan tafsiran setempat. Terdiri daripada empat proses iaitu:
1) Memandikan Jenazah
~ Fakta utama ialah membersihkan jenazah secara fizikal.Sehelai kain
diletakkan ke atas badannya kemudian disiram.Alat sulit jenazah harus
ditutup sepanjang proses mandian dijalankan.
2) Mengkafan Jenazah
~ Fakta utama ialah memelihara kehormatan dalam proses membalut
mayat supaya bahagian sulit tidak dilihat oleh orang lain.
~ Bagi mengelakkan mayat berbau, minyak wangi yang tidak
mengandungi alkohol akan disapu ke seluruh badan sebagai contoh kapur barus.
3) SOLAT JENAZAH
~ Berbeza dengan solat yang lain iaitu takbir sebanyak 4 kali, tiada rukuk
dan sujud.
~ Jenazah lelaki : kedudukan imam bersetentangan dengan kepala jenazah.
Kepalanya di sebelah kiri imam.
~ Jenazah perempuan: kedudukan imam bersetentangan dengan pinggang
jenazah.Kepalanya di sebelah kanan imam.
4) Pengebumian Jenazah
~ Jenazah diusung ke tanah perkuburan yang telah siap digali.
~ Jenazah diangkat ke liang lahad secara cermat.Jenazah dimiringkan dan
muka perlu menghadap kiblat.
ADAB-ADAB DAN PANTANG LARANG PENGEBUMIAN JENAZAH DALAM ISLAM
Adab:
Antara adab yang perlu diikuti ialah segala hutang si mati perlu dilunaskan oleh pewaris si mati sebelum jenazah dikebumikan. Sekiranya tidak mampu untuk membayar, sekurang-kurangnya memberitahu khalayak umum bahawa hutang akan dibayar apabila ada kemampuan.Sekiranya tidak melakukan perkara ini, jenazah tidak boleh dikebumikan. Kita juga digalakkan untuk memberi ucapan takziahdalam tempoh 3 hari 3 malam sahaja. Takziah bukan hanya pada ucapan atau kata-kata, tetapi juga cukup sekadar menunjukkan muka sekiranya tidak sempat mengucapkan takziah. Semasa mengiringi jenazah ke tanah perkuburan, kitadigalakkan untuk berjalan di hadapan iringan jenazah. Akhir sekali, amalan berkabung dilakukan selama 3 hari(jika mendapat izin suami) dan 4 bulan 10 hari bagi yang kematian suami. Bagi wanita yang kematian suami,isterinya tidak boleh memakai celak, baju berwarna, wangi, inai serta tidak boleh menyikat rambut kecuali baru bersih daripada haid.
Pantang larang:
Pertama,kita tidak boleh bercakap kuat walaupun berzikir atau membaca al quran ketika menghantar jenazah ke tanah perkuburan kerana kita digalakkan untuk memikirkan apa yang terjadi pada si mati.Kedua ialah kubur tidak boleh ditembok dan ditulisi di atasnya.Kita tidak boleh memagar kawasan kuburan dengan pagar besi yang terlalu mahal seperti emas ataupun menulis di atas kuburan dengan dakwat emas.Akhir sekali ialah tidak boleh duduk di atas kuburan dantidak boleh memakai alas kaki(selipar atau kasut) ketika berjalan di sela-sela kubur kecuali rumput di kawasan tersebut mempunyai duri.
No comments:
Post a Comment